Resepi Asam Pedas Melaka Original

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semuanya? Semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik dan gembira. Untuk entri kali ini, admin akan berkongsi tentang resepi asam pedas Melaka Original yang sangat mudah. Juadah ini menjadi kegilaan orang ramai kerana rasanya yang sangat sedap dan menusuk kalbu! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

4 ketul ikan pari / parang / tenggiri dibasuh bersih
3 batang serai
1 camca teh halba
Daun kesum
Bunga kantan
Bendi / terung
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Bahan Kisar:

5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 cm halia
15 cili kering kisar
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu lada hitam

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak, masukkan halba, tumis sehingga menjadi kekuningan.

2. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan juga serai. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.

3. Masukkan gula, daum kesum dan bunga kantan.

4. Masukkan ikan, kacau seketika. Selepas itu masukkan air asam jawa ke dalamnya.

5. Masukkan bendi. Perasakan dengan garam dan biarkan seketika sehingga mendidih. Hidangkan.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.