Resepi Biskut Coklat Cornflakes Super Rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar? Semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan gembira. Untuk entri kali ini, kita akan berkongsi tentang resepi biskut cornflakes coklat yang sangat menjadi kegilaan ramai di waktu perayaan. Jom cuba!! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Waktu memasak : 30 minit
Saiz hidangan untuk : 60 biji
Cara memasak : Bakar

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:

300gm coklat masakan
2 sudu teh shortening

BAHAN B:

100gm cornflakes
40gm badam cincang -dibakar selama 10 minit
Sedikit badam cincang -untuk hiasan
Sedikit coklat putih -untuk hiasan

CARA MEMASAK:

1.  Cairkan bahan A dengan kaedah ‘double boiler’ kemudian masukkan kesemua bahan b.

2.  Gaulkan dan pastikan kesemuanya bersalut rata.

3. Sudukan ke dalam cawan kertas dan taburkan badam cincang di atasnya.

4. Biarkan coklat keras kemudian hiaskan dengan coklat putih di atasnya.

5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Add Comment