Resepi Ikan Bawal Goreng Taucu

Bahan-Bahan yang diperlukan:

• 2 ekor ikan bawal, saiz sederhana

• 2 inci halia, hiris halus memanjang

• 4 ulas bawang putih, hiris halus

• 3 biji bawang merah, hiris halus

• 3 sudu besar taucu

• 1 mangkuk kecil air asam jawa

• 1 biji bawang besar, potong bulat

• 4-5 biji cili padi, belah tengah

• daun bawang untuk hiasan

• sedikit minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

1. Gaul ikan bawal bersama garam dan kunyit sehingga dan goreng di dalam minyak panas sehingga garing.

2. Dalam kuali berasingan, panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis halia, bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan dan naik bau.

3. Masukkan taucu dan air asam jawa. Kacau sehingga mendidih. Tambahkan sedikit air supaya berkuah.

4. Masukkan pula ikan bawal yang digorang tadi bersama bawang besar dan cili padi. Tambah gula dan garam secukup rasa. Tutup api apabila bawang sudah layu.

5. Hidangkan ikan bawal bersama taburan daun bawang.

Tips Penting:

• Hati-hati jika hendak menambah garam kerana taucu sudah masin dan ikan bawal goreng juga rasanya masin kerana digaul dengan garam terlebih dahulu sebelum digoreng.

Add Comment