Resepi Kek Coklat Moist Meleleh

Bahan yang diperlukan:

Bahan Pertama:

Satu (1) cawan serbuk koko
Satu (1) cawan gula pasir
Satu (1) cawan susu cair
Satu (1) cawan minyak masak atau marjerin dicairkan
Setengah (1/2) cawan susu pekat manis

Bahan Kedua:

Satu (1) dan suku (1/4) cawan tepung gandum
Satu (1) sudu serbuk penaik
Satu (1) sudu soda bikarbonat
Empat (4) biji telur
Satu (1) sudu esen perisa vanila

Cara penyediaan:

Campuran pertama:

1) Campurkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam kuali. Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya.

Campuran kedua:

1) Campurkan dan ayak bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata.

2) Kemudian, ambil 4 telur yang disediakan tadi untuk dipukul. Pukul telur itu sehingga kembang. Lebih kurang 5 minit macam itu la pukul telur.

Campuran Ketiga:

1) Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang. Pastikan anda campurkannya dengan sekata.

2) Kemudian, masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati dan sekata. Pastikan anda campurkannya dengan sekata dan tidak berketul-ketul.

3) Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Adun dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.

4) Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang. Masukkan adunan atau campuran kek coklat moist anda ke dalam loyang.

5) Pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat moist anda tadi.

6) Tutup loyang anda dengan aluminium foil, ini adalah untuk memastikan wap air tidak kena kek anda semasa mengukus.

7) Kemudian, kukus kek coklat moist selama 1 jam.

Cara menyediakan ganache:

Cara Pertama:

Bahan:

Setengah (1/2) cawan susu pekat manis
Dua (2) sudu besar serbuk koko
Dua (2) sudu besar mentega

Cara penyediaan:

1) Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk (api kecil) dan kacau hingga pekat.

2) Kemudian masukkan mentega  dan tutup api.

3) Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.

Cara Kedua:

Bahannya:

Setengah (1/2) bar coklat yang sudah di cair dan masak.
Dua (2) sudu besar susu pekat manis
Satu (1) sudu mentega atau majerin
Satu pertiga (1/3) cawan susu segar

Cara:

1) Masakkan atas api guna kaedah Double boiler

2) Jika hendakkan coklat itu pekat, jangan letak susu segar

3) Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.

Add Comment