Resepi Kerabu Mangga Paling Lazat

Bahan-bahan:

Bahan-bahan A:

2 biji mangga epal diparut memanjang.
1 kuntum bunga kantan dihiris halus.
1 biji bawang besar.

Bahan-bahan lain:

10 biji cili padi dihiris, kalau mahu pedas, boleh tambah bilangan cili padi itu.
Udang kering digoreng tanpa minyak, sampai naik bau dan ditumbuk separa hancur.
Kacang tanah digoreng tanpa minyak dibuang kulit dan tumbuk separa hancur.
3 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar sos ikan
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Campurkan bahan-bahan A dan gaul sehingga mesra.

2. Masukkan pula kacang tanah dan udang kering.

3. Masukkan cili api,sos ikan,gula dan garam ke dlm jus limau nipis.Kacau sebati.

4. Tuang bancuhan jus limau nipis ke dlm bahan campuran mangga tadi.

5. Gaulkan sehingga mesra dan rasa keseimbangan manis, masam dan masin kerabu tersebut. Bon appetite!

Add Comment