Resepi Kuih Makmur Gebu Sedap

(Sukatan untuk Anggaran dalam 180 biji)

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A:

800-1000g Tepung Gandum

400g Minyak Sapi

200-300g Kacang Tanah Berkulit

100g Susu tepung Nespray

Bahan B:

Gula Ising

Susu tepung Nespray

Cara Penyediaan:

1. Sangai tepung dengan api kecil sehingga ringan, angkat, ayak dan ketepikan.

2. Goreng kacang tanah tanpa minyak sampai kacang masak. Kopekkan kulitnya dan blender (kering) sehingga sederhana halus. Kalau kasar sangat nanti susah untuk kita bentukkan.

3. Panaskan minyak sapi sehingga cair secara keseluruhan. Kalau nak senang, letak tin itu di atas api dengan api kecil. Menjimatkan masa.

4. Campurkan setengah minyak sapi ke dalam tepung yang sudah diayak tadi. Kemudian, sebatikan guna tangan seketika.

5. Masukkan kacang dan susu tepung sedikit demi sedikit, begitu juga dengan baki minyak sapi. Uli sehingga boleh dibentuk bulat. Kalau doh sukar dibentuk dan minyak sapi dah habis, boleh tambah minyak jagung atau minyak masak sikit-sikit.

6. Susun di atas dulang bakar dan bakar pada suhu 160 darjah dalam 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing. Bila sudah ada bau, itu tandanya kuih makmur sudah masak. Awas jangan sampai hangit.

7. Selepas masak, sejukkan sekejap, kemudian salutkan dengan campuran gula ising dan susu (jika suka). Ada juga orang cuma letak ising saja. Tapi kalau letak susu, kuih makmur akan rasa berlemak.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.