Resepi Kuih Sarang Semut Paling Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semuanya? Semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik dan gembira. Untuk entri kali ini, admin akan berkongsi tentang resepi kuih sarang semut yang sangat mudah. Kuih ini menjadi kegilaan di waktu perayaan. Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

250g butter
100g gula halus
350g tepung gandum
100g tepung kastard
100g tepung jagung
1 biji kuning telur gred A
1 sudu kecil esen vanila

Bahan Hiasan :

Sedikit coklat rice
Sedikit manik gula kecil yang bewarna warni
Paper cup kecil secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Gunakan hand mixer pada kelajuan sederhana, pukul sehingga kembang butter dan gula halus dalam satu bekas.

2. Bila mengembang, masukkan lagi kuning telur  dan kacau sehingga rata.

3. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi adunan yang rata.

4. Adunan yang telah menjadi doh itu diparut ke dalam bekas lain.

5. Ambil parutan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam paper cup serta taburkan coklat rice dan manik gula kecil.

6. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180’C.

7. Bakar kuih sarang semut pada suhu yang sama selama 15-17 minit bergantung pada oven anda. Mudah kan? Jom share resepi ini!

Add Comment