Resepi Pulut Panggang Mudah Sedap

Bahan-Bahan yang diperlukan:

Bahan pulut:

1kg beras pulut direndam semalaman

1 liter santan cair

Secubit garam

Bahan Inti:

1/2 biji kelapa parut

50gm udang kering direndam dan dikisar

1 sudu makan serbuk jintan manis disagat dan dikisar

1 sudu makan serbuk jintan putih disagat dan dikisar

2 sudu makan bawang merah kisar

1 sudu makan bawang putih kisar

1 sudu makan bahan kisar halia, serai, lengkuas, kunyit

125gm cili boh

125ml air

Garam secukup rasa

Daun pisang untuk membungkus

Cara Penyediaan Pulut:

1. Basuh beras pulut bersih dan tos airnya. Kukus pulut setengah masak kemudian curahkan campuran santan bersama garam rata.

2. Biarkan pulut dikukus lagi sehingga masak dan angkat. Ketepikan sebentar.

Cara Penyediaan Inti:

1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.

2. Kemudian, masukkan udang kering kisar dan biarkan masak seketika. Masukkan cili boh dan biarkan masak sehingga garing.

3. Kemudian, masukkan kelapa parut bersama air, gula, garam, serbuk jintan manis, jintan putih serta bahan kisaran halia, lengkuas, serai dan kunyit. Gaulkan rata dan biarkan sedikit kering.

4. Ambil daun pisang yang sudah dilayurkan kemudian sapukan minyak dan letakkan sesudu pulut panas. Kemudian letakkan inti dan balut kemas.

5. Kemaskan hujungnya dengan lidi dan bakar sehingga masak.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.