Resepi Sambal Kerang Pedas Masam Manis

Bahan-Bahan yang diperlukan:

• 200 gm isi kerang

Bahan untuk dikisar (bahan A)

• 3 senduk cili kisar

• 5 biji bwg kecik

• sebijik bwg merah sederhana.

• 5-6 ulas bawang putih

• sedikit halia

Bahan-bahan lain:

• 1 biji bawang kuning hiris bulat2

• Garam dan gula secukup rasa

• 1/2 inci belacan

• 1 batang serai di titik

• sedikit santan

• perahan jus asam jawa

• sedikit sos tiram

• sos cili

• sos tomato

Cara Penyediaan:

1. Kerang dibersihkan, dan dicelur seketika di dalam air panas mendidiih, kemudian di kopek-kopek dan di ambil isinya

2. Kisar bahan A dengan sempurna

3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan hancurkan belacan, goreng hingga harum bau belacan

4. Masukkan cili kisar dan tumis sambil masukkan serai tiik sehinga naik minyak

5. Masukkan jus asam jawa, sedikit santan garam, gula, sos tiram, sos cili dan sos tomato ,kacau hingga sebati.

6. Masukkan isi kerang dan hirisan bawang, kacau rata hingga sedikit berkuah..jgn terlalu kering

7. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Siap untuk di hidangkan

Add Comment