Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Goreng

Bahan-Bahan yang diperlukan:

• Ikan bilis lebih kurang segenggam penuh atau ikut anggaran sendiri

• Tempoyak 3-4 sudu besar

• Bawang besar satu biji – dihiris

• Garam secukupnya

• Minyak masak

Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk :

• Bawang putih 2 ulas

• Cili padi 15-25 biji (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)

• Cili merah 1-2 biji

Cara Penyediaan:

1. Gorengkan ikan bilis sehingga garing kemudian letakkan ke tepi.

2. Tumiskan bawang besar dan bahan yang telah dikisar. Kemudian masukkan garam dan kacau.

3. Masukkan tempoyak kemudian gaul sehingga rata.

4. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul sehingga sebati.

Tips Penting:

Resepi ini lebih sedap jika di makan bersama nasi panas dan juga lebih sedap jika bahan-bahannya ditumbuk berbanding dikisar.

Add Comment