Resepi Sambal Tumis Udang Super Power

Bahan-Bahan yang diperlukan:

• 500g udang, dibersihkan

• 1/2 biji bawang besar, potong nipis

• 1 batang serai, dititik

• 1/2 cawan air asam jawa

• 2 sudu besar sos tiram

Bahan untuk dikisar:

• 3 ulas bawang putih

• 4 ulas bawang merah

• 2 inci halia

• 10-12 tangkai cili kering, dibuang biji

• 1 biji bawang besar

Cara Penyediaan:

1. Rebus cili kering seketika, toskan air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain.

2. Dalam kuali, panaskan 2 senduk minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.

3. Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.

4. Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik.

5. Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.

Tips Penting:

• Pastikan anda tidak memasak udang terlalu lama kerana udang boleh menjadi keras.

• Semasa menumis bahan kisar pastikan betul-betul pecah minyak kerana jika tidak, kuah sambal tumis tidak masak dengan sempurnna

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.