Wahai Wanita, Jangan Ambil Mudah Tentang Cyst. Mesti Baca!

Sekali pandang kita mungkin menyangka ini adalah gumpalan rambut yang gugur tapi hakikatnya inilah yang ada dalam cyst yang banyak dialami oleh seorang wanita.

Rambut, lemak, cecair berminyak adalah kandungan dalam cyst yang tumbuh dalam kilang telur atau ovari seseorang wanita. Memang menakutkan.

Perkara ini dikongsi oleh Pakar Sakit Puan Terkenal, Datuk Dr. Hamid Ashat. Dalam pada itu beliau turut memberi penjelasan pada kebimbangan ramai wanita yang risau tidak mampu hamil sekiranya mengalami masalah cyst dalam ovari.

DERMOID CYST PADA OVARY KIRI

Kandungan cyst ialah cecair berminyak, lemak dan rambut. Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telur. Satu jenis keajaiban, tidak terfikir rambut boleh tumbuh dalam ovari. Kejadian Allah, apa-apa boleh berlaku atas Kehendak-Nya.

Masih ada peluang hamil, ovari kanan dan tiub kanan masih normal. Selepas pembedahan perlu amalkan cara dan gaya hidup sihat.

MAKANAN UNTUK LEPAS BEDAH

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immuniti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca al- quran 4-5 muka setiap hari. Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap-asap beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan2 organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll. Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan-buahan mentah dan segar, iaitu buah dan sayur. Makan lebih buah-buahan tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll. Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terung, kangkung, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery. Atau 1/4 buah papaya dan ¼ Nenas (khas sminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara. Makan 2 biji telur saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah atau segenggamcampuran kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat

9. Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.

Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai. Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda. Makan juga goji beri, lain2 jenis berries, spirulina, rumpai laut.

Sumber: Dr Hamid Arshat via Vanilla Kismis

Add Comment