Hidangan Utama

Resepi Tauhu Sumbat Paling Menyengat


Bahan-Bahan yang diperlukan:
10 keping tauhu (boleh tambah)
1 biji timun
1/2 biji sengkuang
1 batang carrot
Taugeh dibuang akarnya, cuci, celur sekejap dan toskan
Minyak secukupnya untuk goreng tauhu
Cara-Cara Penyediaan:
1. Tauhu dipotong 3 segi dan goreng sampai masak.
2. Sementara itu, hiriskan sengkuang, carrot dan timun. Celurkan taugeh sebentar dan toskan.
3. Ketepikan dahulu. Jom buat sosnya pula
Bahan-bahan sos cicah:
5 tangkai cili merah
4 tangkai cili kering dipotong kecil, cuci dan rendamkan dengan air panas
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air atau secukupnya
garam
gula secukup rasa (2 sudu besar)
1 biji jus limau kasturi
Cara Penyediaan sos:
1. Mesinkan semua bahan kecuali jus limau.
2. Masakkan sos sehingga pekat.
3. Campurkan jus limau dan kacau rata.
Cara Penyediaan Tauhu Sumbat:
1. Belah bahagian tauhu yang hendak dimasukkan sayur-sayuran.
2. Masukkan sayuran dalam belahan tauhu dan hidangkan bersama sos cili merah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *