Hidangan Utama

Resepi Mee Udang Simple Sedap

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • 500g udang laut
  • 500g ATAU 1 bungkus mee kuning, celur
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • 8-10 tangkai cili kering, buang biji dan rebus kemudian kisar halus
  • ATAU 3 sudu besar cili giling
  • 1/2 senduk minyak masak
Bahan untuk kisar halus:
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar udang kering, rendam dalam air sehingga lembut
Bahan untuk rebus dan lenyek halus:
  • 2 ketul ubi keledek merah
  • 3 ketul ubi kentang
Bahan untuk hiasan atau taburan:
  • bawang goreng
  • 3 biji telur, rebus dan belah dua
  • 2 ketul tauhu, goreng dan hiris nipis
  • daun bawang, hiris hipis
  • cili merah, hiris nipis
  • sayur sawi, potong dan celur
  • limau nipis
 Cara Penyediaan:
  1. Bersihkan udang laut dengan cara belah belakang dan buang tali hitam di belakang, dan potong janggut. Che Nom tak buang kepala udang sebab ikut cara restoran Sg.Dua.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan keledek dan kentang lenyek diikuti air secukupnya. Anda perlu agak-agak kuantiti air, jangan kuah terlalu pekat kerana nanti akak rasa muak.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato dan pes tomyam. Masak sehingga kuah mendidih.
  6. Kemudian masukkan udang, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Hidang dengan cara tuang kuah dan udang di atas mee dan taburkan dengan bahan hiasan.

Tips Penting:

  • Cara untuk celur mee: Panaskan air sehingga mendidih, masukkan mee dan rendam selama 2-3 minit dan tapis. Bilas dengan air sejuk supaya proses pemanasan terhenti dan mee tidak akan jadi kembang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *