Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Apa Hukum Memakai Pakaian Yang Bergambar Ketika Solat? Adakah Solat Itu Sah?

Solat merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Diwajibkan semua orang Islam yang mukalaf untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.

Solat-solat yang diwajibkan adalah zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh. Solat selain daripada ini adalah solat sunat sahaja. Solat fardhu lima waktu itu mula disyariatkan dalam Islam semasa peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang berlaku setahun sebelum Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah.

Di dalam solat ini ada cara-cara, syarat-syarat sah, adab dan hukum-hakam tertentu. Di sini kami cuba mengupas tentang hukum memakai pakaian yang bergambar ketika solat.

Soalan :

Apakah Hukumnya bersolat dengan memakai pakaian yang mempunyai gambar haiwan? Dan bagaimana pula jika pakaian itu mempunyai gambar kartun atau animasi seperti spiderman, batman atau kartun lain? Bagaimana pula hukumnya wanita yang memakai pakaian yang bergambar ketika solat tetapi ditutupi dengan telekung?

Jawapan :

Hukumnya MAKRUH. Kerana lukisan yang ada di pakaian itu boleh mengganggu orang lain seperti gambar di belakang baju, sudah pasti akan mengganggu orang yang sedang solat di belakang.

Sebahagian ulama menghukumnya dengan HARAM. Rasulullah S.A.W. melaknat golongan yang melukis gambar-gambar makhluk.

Namun sebahagian ulama menghukumnya MAKRUH. Bagi mengelakkan daripada mengganggu orang lain dalam solat adalah lebih baik sekiranya baju itu diterbalikkan dahulu sebelum solat.

Adapun bagi orang perempuan yang solat dengan memakai pakaian mengandungi gambar-gambar tersebut yang terlindung di sebalik tudung tidak mendatangkan apa-apa. Ini kerana kain telekungnya menutup gambar yang ada pada baju yang dipakai. Namun, kedua-dua keadaan ini TIDAK MEMBATALKAN solat seseorang.

Solatnya Tetap SAH.

BOLEHKAH seseorang itu memakai baju mempunyai gambar binatang atau orang, sama ada kecil, besar, jelas atau tidak ketika menunaikan solat? Demikian soalan yang sering diajukan oleh orang ramai berkenaan hukum memakai pakaian yang bergambar ketika bersolat.

Insiden baru-baru ini yang membabitkan seorang wanita ditolak ketika bersolat hanya kerana memakai baju t-shirt ‘Snoopy’, turut mencetuskan pelbagai persoalan daripada kalangan orang ramai.

Jawapannya adalah ‘HARUS’, selagi mana gambar tersebut itu tidak mengganggu dan mendatangkan fitnah.

Menurut penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, memakai baju bercorak haiwan bukanlah perkara atau hal yang membatalkan sembahyang.

“Sah sembahahyang seseorang itu kerana ia tidak termasuk dalam perkara-perkara yang membatalkan sembahyang.

“Cuma ulama kata makruh memakai pakaian yang bergambar-gambar di dalam sembahyang ataupun pakaian yang bertulisan kerana dikhuatiri melalaikan orang yang membacanya,” ujarnya melalui rakaman video.

Sebagai contoh, sekiranya anda pernah pakai baju ‘Langkawi’ yang ada gambar burung helang atau baju Terengganu yang ada gambar seekor penyu, anda mungkin akan dilihat biasa sahaja dan pastinya tiada yang menyoal cara pemakaian anda ketika bersolat.

Tetapi apabila anda memakai baju yang mempunyai gambar tengkorak ketika sembahyang, pasti ada yang tampil memberi anda ‘ceramah free‘ dek kerana ia boleh dikira mengganggu dan boleh mendatangkan fitnah. Jadi kalau perkara yang boleh menggangu ini seeloknya dielakkan kerana hukumnya adalah makruh.

Semoga pencerahan ini dapat memberikan manfaat berguna yang boleh kita amalkan selepas ini

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.