Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Awas! Inilah Sebabnya Kenapa Kita Dilarang Makan Makanan Semasa Panas

MAKANAN PANAS YANG MASIH BERASAP MEMANG SEDAP!!! Menikmati Makanan Yang Masih Panas Adalah Satu Kepuasan!! Tapi Mungkinkah Kita terlupa Pada hadis Nabi. “Makanan itu tidak boleh dimakan kecuali jika asap makanan yang panas sudah hilang.”  (HR.Baihaqi). Malah dalam hadis lain Nabi Juga Ada menyebutkan bahawa makanan yang panas tidak ada kebaikan. “Dinginkan makanan dan minuman kamu sesungguhnya tidak ada kebaikan (Malah mudarat kepada kesihatan) pada makanan atau minuman yang panas.”  (HR. Al- Hakim dan Ad- Dailami).

Ibnul Qoyyim Al-Jauziyyah rahimahullah berkata dalam Zadul Ma’ad, “Nabi S.A.W tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas.” Beliau juga bersabda, “Sesungguhnya hal tersebut (menutup roti hingga sejuk) lebih besar barakahnya.”  (HR.Darimi dan Ahmad). Dalam hadis yang lain diceritakan oleh Anas bin Malik Nabi dijemput makan daging bakar yang masih panas, baginda tidak memakannya.

Kesimpulannya makanan tidak Elok dimakan ketika masih panas, walaupun mungkin Kita Rasa Tak Sedap Bila dah sejuk. Tetapi kini trend makan panas ini Semakin berleluasa tanpa menghirau hadis2 Nabi. Makanan Sekarang dihidang terus dalam hot pan, steamboat, barbecue, grill hingga Malah bawa dapur ke atas meja.

Punca Barah Usus?

Menurut Seorang doktor di bidang barah, dia mengatakan kebarangkalian tinggi kanser usus terjadi disebabkan Kerap makan makanan panas. Ingatlah apa yang Nabi pesan, dan sesungguhnya apa yang Nabi sebut adalah benar. Hujah sedap adalah hujah nafsu sedangkan makan bukan bertujuan kerana sedap.

Teknik makanan panas ini kebanyakan dari bukan Islam yang meletakkan Rasa sedap sebagai tujuan, sedangkan kita Sebagai Orang muslim tidak boleh sedemikian. Tak Boleh Meniup Makanan Panas? Ada juga orang suka minuman panas, yang dihembus Atau Ditiup untuk sedikit menyejukkan.

Hadis Nabi, “Bahawasanya Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam melarang bernafas pada bejana minuman atau meniupnya”.
(HR. At Tarmidzi dan dishahihkan oleh Al-Albani). Meniup minuman panas adalah dilarang Nabi kerana kajian menunjukkan penggabungan karbon dioksida dari hembusan dengan wap air Akan menghasilkan asid.

Sekali lagi menunjukkan betapa Nabi melarang minuman yang panas. Minumlah pada kadar kepanasan yang tak perlu dihembus. Kebiasaan ibu-ibu yang meniup makanan untuk disuap kepada anak kecil juga patut Dielakkan berdasar hadis ini. Ambillah kaedah lain untuk menyejukkan makanan dan minuman Terlebih Dahulu Ataupun Dibirkan Seketika.

~Kita boleh mengemukan seribu hujah dan alasan kerana nafsu, tetapi ingatlah di penghujung hidup, bila Kita ditimpa berbagai penyakit, akhirnya kita kena akur bahawa apa yang dibawa Nabi adalah benar.

Sumber: Cikgu Abd Ghani Haron

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.