Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bacalah Surah Al-Insan 7 kali Selepas Solat Besar Manfaatnya

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Barangsiapa membaca surah Al-Insan (dengan penuh ikhlas dan Khusyu’), maka balasannya ialah syurga Harir”

Surah ini jika dibaca selalu, dapat menenangkan hati dan menguatkan jiwa. Jika ditulis surah ini, kemudian dihapuskan dengan air yang suci. Berilah air ini kepada mereka yang tidak pandai atau susah untuk membaca. InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah. Surah ini jika ditulis pada kulit kibasy atau binatang-binatang korban yang disembelih pada hari raya korban dengan menggunakan dakwat ataupun pen orang-orang alim, kemudian dilipat tulisan tersebut dan dititikkan lilin supaya tidak dibasahi air.

Bawalah ia kemana saja, insyaAllah menjadi pendinding dari segala bala dan gangguan jin dan manusia.

Khasiat Ayat 1-2:

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? ( Al-Insaan 76:1 )

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. ( Al-Insaan 76:2 )

Ayat ini jika dibaca 7 kali selepas solat, InsyaAllah ia akan dikasihi oleh manusia.

Boleh dikatakan kebanyakan imam-imam subuh hari Jumaat akan membacakan surah As Sajdah pada rakaat pertama dan surah Al Insan pada rakaat kedua. Ini kerana Rasulullah saw selalu membaca surah Al Insaan pada waktu solat subuh, sebagaimana keterangan hadis yang ada dalam shahih Muslim yang artinya : ”Sesungguhnya Rasulullah saw membaca surah As Sajadah dan Al Insan di dalam solat subuh pada hari Jumat.” [ HR Muslim dari Ibnu Abbas ]

Apa yang saya ingin bincangkan di sini ialah berkenaan surah Al insan. Apakah topik yang dibincangkan di dalam surah ini? Di dalam surah Al Insan banyak mengfokuskan tentang kelebihan MEMBERI. Memberi tidak kira samaada dalam bentuk wang, masa, tenaga, bahkan senyuman!

Surah Al-Insan mendidik kita untuk memberi. Ya, beri, apa sahaja. Dalam surah ini juga, Allah menyediakan pilihan buat manusia untuk memilih jalan yang baik atau jalan yang salah. Syukur atau kufur. Kerana manusia, Allah telah kurniakan dengan kelebihan boleh memilih dengan panduan akal dan agama.

Cuba tengok, nikmat-nikmat yang bakal kita dapat dengan hanya memberi! Barangsiapa menghilangkan wajah kedukaan pada fakir miskin, anak yatim piatu dan non-muslim hamba tawanan, Allah hilangkan dari wajahnya kedukaan di hari semua orang berduka.

Al-Insan, ayat 11.

Barangsiapa memberikan pakaian untuk membantu fakir miskin, yatim piatu dan non-muslim hamba tawanan yang ketiadaan pakaian, maka Allah beri kepadanya sutera dalaman dan luaran pakaiannya.

Al-Insan, ayat 12 dan 21

Barangsiapa mendekatkan makanan yang berkhasiat dan menyihatkan kepada fakir miskin, yatim piatu dan non-muslim hamba tawanan yang kebuluran, Allah dekatkan kepadanya segala jenis buah-buahan di Syurga.

Al-Insan, ayat 14

Barangsiapa yang memberikan minuman fakir miskin, yatim piatu dan non-muslim hamba tawanan yang dahaga, Allah kelilingkan dirinya di Syurga nanti dengan pelayan-pelayan dan sungai-sungai yang mengikuti ke mana jua dia mahu berjalan.

Al-Insan, 6 dan 15

Barangsiapa menjadikan dirinya sebagai tempat bersandar fakir miskin, yatim piatu dan non-muslim hamba tawanan, Allah berikannya tempat bersandar buat selamanya di dalam Syurga, berehatlah.

Al-Insan, ayat 13

Barangsiapa yang memberikan teduhan kepada fakir miskin, yatim piatu dan non-muslim hamba tawanan dari terik matahari musim panas dan kedinginan musim sejuk, Allah bebaskannya dari kepanasan atau kesejukan di Syurga nanti.

Al-Insan, ayat 13

SEMUA TENTANG MEMBERI! Berkongsi ilmu adalah salah satu memberi. So, jom SHARE ilmu ini, supaya kita tergolong dalam golongan orang yang memberi. SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.