Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Inilah Cara Solat Sunat Gerhana Matahari Menurut JAKIM

Solat Sunat Gerhana Matahari hukumnya Sunat Muakad. Berbeza dengan solat sunat lain, Solat Sunat Gerhana Matahari ini mempunyai 2 kali rukuk dan iktidal dalam setiap rakaat. Biasanya ia dilakukan berjemaah di Masjid dan akan diikuti dengan khutbah selepas solat. Walaubagaimanapun, ia masih boleh dilakukan secara bersendirian di rumah, surau, atau musolla.

LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

niat-solat-gerhana-matahari-sq

Maksudnya: “Sahaja aku Solat Sunat Gerhana Matahari dua rakaat kerana Allah Taala“

CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

RAKAAT PERTAMA

1. Niat

2. Takbiratul Ihram

3. Membaca Ta’awudz

4. Membaca Al-Fatihah

5. Membaca mana-mana surah (paling afdal dibacakan Surah Al-Baqarah)

6. Rukuk dan tasbih

7. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan mana-mana surah (paling afdal surah Al-Imran)

8. Rukuk dan tasbih

9. Iktidal

10. Sujud dan tasbih

11. Duduk antara 2 sujud

12. Sujud kembali

13. Berdiri untuk rakaat kedua

RAKAAT KEDUA

1. Membaca Surah Al-Fatihah

2. Membaca mana-mana surah (paling afdal dibacakan Surah Al-Baqarah)

3. Rukuk dan tasbih

4. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan mana-mana surah (paling afdal surah Al-Maidah)

5. Rukuk dan tasbih

6. Iktidal

7. Sujud dan tasbih

8. Duduk antara dua sujud

9. Sujud kembali

10. Membaca tasyahud akhir

11. Memberi salam

WAKTU PALING AFDAL MELAKUKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Gerhana ialah sebaik saja berlakunya gerhana sehingga hilangnya gerhana dan keadaan menjadi seperti sediakala. Jika gerhana berlalu dan hilang semasa kita masih dalam keadaan solat, ia masih dikira sah.

NOTA TAMBAHAN

  • Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan: ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
  • Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika Solat Sunat Gerhana Bulan dan perlahan ketika Solat Sunat Gerhana Matahari.
  • Disunatkan mandi untuk Solat Sunat Gerhana, seperti hendak Solat Jumaat.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.