Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Inilah Cara Tambah Rezeki Tanpa Kita Sedari. Mesti Baca!

Rezeki tak semestinya duit. Rezeki boleh bermacam-macam. Contohnya ketenangan, kedamaian pun rezeki juga. Anas Bin Malik r.a katanya, Rasulullah Saw bersabda :

Sesungguhnya apabila orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang mukmim, pahala kebajikannya disimpan Allah SWT untuknya di akhirat kelak serta serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya. ( Muslim )

Haa, nampak tak? Kata Dr. Tuah Iskandar dalam bukunya “Bukan Main Lagi”, Maknanya yang diberi rezeki itu mudah apabila mereka taat. Misalnya bos suruh angkat kotak, adakah kita berlengah atau terus angkat? Kalau lengah-lengah ada harapanlah dilengahkan naik pangkat dan naik gaji.

Contohnya solat, waktu sudah masuk, tapi duduk kat sofa dulu, tengok tv sekejap, sampai waktu nak habis, barulah nak solat. Orang macam ni adalah orang yang akan dilambat-lambatkan rezekinya oleh Allah SWT. Kata Dr.Tuah, nanti orang kata saya tak macam tu sebab saya makan gaji. Cukup bulan gaji masuk.Saya sembahyang awal ke, lewat ke malah tak solat langsung ke, rezeki tetap ada.Apa nak sibuk?

Haaa…betul lah, tapi rezeki tak semestinya duit.Rezeki boleh bermacam-macam. Contohnya ketenangan, kedamaian pun rezeki juga. Jadi jom kita baiki waktu solat kita. Mudah-mudahan rezeki sentiasa mengejar kita.

Antara Amalan Murah Rezeki

Berikutnya adalah antara amalan murah rezeki yang lancar dan melimpah ruah yang boleh diamalkan oleh semua orang. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas dan tidak menjadi persoalan sama ada rezeki itu sedikit atau pun banyak. Yang paling penting adalah rezeki yang diberikan itu ada keberkatan dan pastinya rezeki yang halal itu akan cukup biar pun sedikit.

1. Meluangkan masa untuk beribadah

Ini terbukti apabila Allah sendiri berfirman di dalam sebuah hadith Qudsi yang bermaksud:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyakkan istighfar

Istighfar ialah perbuatan berbentuk penyesalan, pengakuan dosa dan rintihan hamba kepada Allah. Justeru Allah amat suka dan kasihan kepada orang yang selalu bertaubat dan akan menghapuskan duka, menyelesaikan masalah dan memberi rezeki kepada hamba yang suka beristighfar seperti janjiNya di dalam sebuah hadith:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Meninggalkan Perbuatan Dosa

Istighfar ini tidak akan mengundang rasa kasih Allah jika selepas istighfar hamba masih lagi berterusan membuat dosa. Dosa ini sebenarnya akan membuatkan hati kita yang yang secara fitrahnya inginkan kebaikan menjadi resah gelisah. Dosa juga akan menyebabkan tertutupnya pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”
(Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa Mengingati Allah

Dengan meningati Allah hati akan menjadi tenang. Kategori rezeki ini hanya diberikan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”
(Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti (berbuat baik) dan Mendoakan Ibu Bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda lagi:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab murah rezeki. Ini bersandarkan kepada sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat Baik dan Menolong Orang Yang Lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan Hajat Orang Lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
(Riwayat Muslim)

8. Banyakkan Berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam. Selawat juga membuatkan kita menjadi hebat pada pandangan orang.

Baca : Kisah Benar!! Rahsia 7 Amalan Suami Isteri Ini Kaya Raya Rezeki Datang Tidak Putus-putus

9. Banyakkan Buat Kebajikan

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi Dalam Membuat Pekerjaan

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalinkan Silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi Kekal Berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk amalan murah rezeki dan mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”
(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Rajin Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi Solat Tahajjud (Malam)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud juga adalah amalan murah rezeki yang memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada oran

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.