Inilah Khasiat Daun Dan Buah Belimbing Besi Yang Orang Ramai Tidak Tahu!

Teliurnya tengok belimbing besi ni kan? Apa lagi makan dengan cicah macam tu. Belimbing ni ianya tak semasam belimbing buluh. Yang dah masak tu lagi sedap. Banyak je di kedai orang jual. Tapi tahukah anda buah ni banyak manfaat kepada kesihatan kita. Bukan setakat buahnya je banyak khasiat, daun buah belimbing ni pun orang-orang tua dahulu banyak gunakan untuk perubatan secara tradisional.

1. Pucuk dan daunnya yang ditumbuk atau dikisar sehingga hancur boleh digunakan untuk mengubati penyakit kulit seperti kurap dan cacar.

2. Menghilangkan Sakit KepalaOrang dulu-dulu menghilangkan sakit kepala dengan meramas beberapa helai daun belimbing besi hingga hancur dan kemudian ditampalkan ke dahi.

Menurut pesanan orang lama, kalau kita makan buah belimbing jangan sekali-kali makan gula pasir ataupun minum air sirap. Dikatakan memakan kedua-duanya pada masa yang sama boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan.

3. Menyembuhkan Demam Panas

Daun belimbing besi yang kering pula boleh digunakan untuk meredakan dan menyembuhkan demam panas.

4. Merawat Sakit Muntah-Muntah

Kalau ada yang tetiba diserang muntah-muntah berpanjangan. Dah makan ubat doktor tapi masih tak lega, ada petua tradisional yang boleh membantu. Caranya ialah dengan minum air rebusan daun dan buah belimbing.

5. Merawat Sakit Buah Pinggang

Bagi yang mengalami sakit pundi kencing, orang tua-tua dulu akan nasihatkan untuk selalu amal memakan buah belimbing besi

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.