Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Wahai Suami, Kalau Sayang Isteri Tolong Jaganya Sebaik Mungkin

Satu daripada empat wanita mengalami keker*san dalam rumah tangga (singkatan: KDRT). Wanita muslim diharapkan tidak menyembunyikan hal ini dan membiarkannya begitu sahaja. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Aku katakan bahawa kamu harus memperlakukan wanita dengan baik. Yang terbaik darimu adalah yang memperlakukan isteri-isteri mereka dengan sebaik-baiknya. ”

Hadis tersebut sering diandaikan bagi umat muslim bahawa boleh melakukan kekerasan dalam rumahtangga. Padahal itu salah, malah Nabi berkata, “Jangan mem*kul perempuan”. Ini tidak hanya isteri, tetapi semua wanita seperti anak dan saudara. Nabi juga mengatakan, ketika ditanya tentang kewajiban seorang suami terhadap isterinya, “Siapkan isteri ketika kamu makan, dan sediakan pakaian seperti engkau yang juga berpakaian. Jangan mem*kul wajahnya dan gunakan bahasa sopan ketika berbicara padanya.”

Dari kutipan di atas jelas bahawa adalah tidak boleh melakukan keker*san dalam bentuk apa pun kepada isteri. Menulis dari Soundvision, di bawah beberapa penyebab utama berlaku keker*san terhadap perempuan.

Ekonomi

Faktor sosial dan ekonomi membuat lelaki mudah marah dan emosi yang tidak stabil. Kem*rahan akhirnya dilampiaskan kepada isteri. Sama ada dalam bentuk verbal mahu pun fizikal.

Cemburu

Cemburu kepada rakan sekerja lelaki si isteri atau karier isteri yang lebih berjaya. Kedua-dua hal itu membuat suami cemburu dan ketagih rasa marah hingga melakukan keker*san kepada isteri.

Firman ALLAH S.W.T:

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-NYA dan rahmat-NYA bahawa DIA menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-NYA antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang serta belas kasihan. Sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” – Surah al-Ruum: 21.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.