Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Inilah Sihir Yang Paling Ditakuti oleh Pasangan Suami Isteri! Boleh Bercerai-Berai Jadinya!

Sihir pemisah adalah sihir yang paling ditakuti pasangan suami isteri. Sihir ini adalah sihir yang digunakan bertujuan untuk memisahkan diantara pasangan suami dan isteri. Sihir ini digunakan sebagai salah satu cara untuk membalas dendam kepada orang yang tidak disukai. Sihir ini bukan satu perkara yang baru berlaku dalam masyarakat kita, tetapi sudah lama.

Ada antara pasangan suami isteri yang tidak tahu mereka terkena sihir pemisah mengambil jalan untuk bercerai. Penceraian pasangan ini akan membuatkan pihak yang melakukan ilmu hitam ini seronok dan gembira. Sebagai umat Islam kita tidak boleh melakukan perbuatan khurafat ini. Tetapi, jika pasangan yang terkena sihir ini boleh melihat beberapa tanda menunjukkan rumahtangga anda telah terkena sihir pemisah.

1. Benci

Rumahtangga yang bahagia secara tiba-tiba bertukar rasa benci tanpa ada sebab-sebab yang jelas. Ia berlaku pada salah seorang pasangan atau kedua-duanya sekali.

2. Perselisihan faham

Sering berlaku perselisihan faham dan bergaduh suami isteri tanpa sebab, atau hanya sebab-sebab kecil. Ini menyebabkan suasana keluarga tegang dan kucar kacir.

3. Was-was

Setiap kali mahu melakukan apa sahaja rasa was-was. Ia membuatkan isteri takut untuk mendekati suami kerana terasa suami hendak menganiaya isteri.

4. Cemburu

Timbul rasa cemburu yang tidak bertempat membuatkan pasangan rasa berang dan syak diri telah diduakan, padahal pasangan tidak berbuat begitu. Disebabkan rasa cemburu ini pasangan enggan duduk berhampiran, dan enggan tidur sebilik.

5. Tidak tenang

Setiap hari hati sentiasa rasa gelisah dan tidak tenang. Rasa sakit kepala dan buntu bila pasangan ada bersama dan berasa lega apabila pasangan keluar dari rumah dan tidak berada di sampingnya.

6. Berubah rupa

Perubahan rupa ini dapat dilihat pada pandangan mata. Pasangan akan mula melihat pasangan mereka dengan rupa yang menakutkan atau hodoh. Apa saja yang cuba dilakukan pasangan ada sahaja yang tidak kena.

7. Minta cerai

Jiwa suami rasa mahu menceraikan isteri tanpa sebab dan ada bisikan menyuruh suami lafazkan cerai, padahal langsung tidak berhasrat mahu ceraikan isteri. Malah, isteri juga tanpa sebab munasabah meminta cerai pada suami dan mencabar suami menceraikannya.

Itu antara tanda-tanda yang boleh dilihat jika rumahtangga yang dibina terkena sihir pemisah. Tetapi, jangan terlalu taksub dan percaya sedangkan rumahtangga yang dibina hanya berlaku pergaduhan biasa dirasakan terkena sihir pemisah. Apapun, dinasihatkan jangan terlalu berkongsi kebahagian suami isteri di media sosial dibimbangi ada orang lain yang berdendam dan tidak suka melihat kebahagian rumahtangga anda.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.