Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Jika Suami Isteri Bersolat Tahajud 2 Rakaat Setiap Hari, Nescaya Keajaiban Ini Akan Terjadi!

Keutamaan solat tahajud tak hanya membuat pelakunya mendapatkan kedudukan terpuji (maqaman mahmuda) di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Namun ada pula keistimewaan yang akan diberikan Allah istimewa kepada suami isteri yang keduanya bertahajud. Apakah keutamaan untuk pakej suami isteri yang membiasakan solat tahajud?

1. Mereka berdua dirahmati Allah dan dijadikan keluarga yang penuh kasih sayang

Setiap suami isteri pasti ingin keluarganya sakinah mawaddah wa rahmah. Sakinah itu ketenangan. Keluarga yang sakinah membuat seorang suami yang ketika di luar rumah penat kerana pekerjaan atau lelah kerana berdakwah, dia menjadi tenang begitu masuk ke dalam rumah dan bertemu dengan isterinya.

Mawaddah itu ertinya cinta kerana pertimbangan fizikal. Sebab merasa isterinya cantik dan suaminya tampan, hasrat cinta pun menyatukan keduanya. Dari mawaddah inilah suami isteri saling memenuhi keperluan biologinya dan mengubah syahwat menjadi berpahala. Mawaddah umumnya dominan pada usia pernikahan muda. Saat telah menjadi datuk nenek, mawaddah tak lagi dominan.

Lalu mengapa suami isteri tetap harmoni meskipun tidur saling membelakangkan? Itulah rahmah. Cinta dan kasih sayang bukan kerana pertimbangan fizikal sama sekali. Kerana akhlak, kerana karakter, kerana cinta itu sendiri. Untuk suami isteri yang saling membangunkan dan menunaikan solat tahajud, Allah memberikan rahmat-Nya. Rahmat yang salah satu bentuknya menjadi rahmah dalam rumah tangga

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً قَامَ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّتْ فَإِنْ أَبَتْ رَشَّ فِى وَجْهِهَا الْمَاءَ رَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَصَلَّى فَإِنْ أَبَى رَشَّتْ فِى وَجْهِهِ الْمَاءَ

“Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu solat dan dia pun membangunkan isterinya lalu sang isteri juga solat. Bila isteri tidak mahu bangun, dia percikkan air ke wajahnya. Semoga Allah juga merahmati seorang perempuan yang bangun di waktu malam lalu dia solat dan dia pun membangunkan suaminya. Bila suami enggan untuk bangun, dia pun memercikkan air ke wajahnya.” (HR. An Nasa’i. Hadis senada juga diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi)

2. Dicatat sebagai orang-orang yang selalu mengingat Allah

Alangkah bahagianya jika Allah memasukkan seorang hamba dalam kategori selalu mengingat-Nya. Sebab Allah menjanjikan, siapa yang mengingat-Nya maka Allah akan mengingat orang tersebut. Saat ada masalah, ditolong oleh Allah. Saat perlukan sesuatu, dibantu oleh Allah. Saat terzalimi, dibela oleh Allah. Suami isteri yang saling membangunkan untuk solat tahajud meskipun hanya dua rakaat, mereka berdua mendapatkan keistimewaan ini.

إِذَا أَيْقَظَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّيَا أَوْ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ جَمِيعًا كُتِبَا فِى الذَّاكِرِينَ وَالذَّاكِرَاتِ

“Jika seorang lelaki membangunkan isterinya di waktu malam lalu keduanya solat, atau solat dua rakaat bersama, maka keduanya ditulis dalam kelompok orang-orang yang selalu mengingat Allah” (HR. Abu Daud, An Nasa’i dan Thabrani).

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.