Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Menangis Merayu Ketika Ditahan Polis Trafik. Esoknya Adik Ini TERKEJUT Terima Sesuatu!

Baru ni viral seorang budak menangis merayu bila ditahan polis trafik. Esoknya budak bersongok tu terus terkejut bila dapat “sesuatu” mengejutkan dari balai polis. Allahu mulianya abang polis tu. Respect! Aksi lucu seorang kanak-kanak merayu, menangis, meminta maaf ketika ditahan oleh anggota polis trafik semasa menunggang motosikal menjadi tular di media sosial.

Video itu berdurasi 1.06 minit dimuatnaik di Facebook Eris Riswandi itu mungkin dianggap biasa oleh masyarakat tetapi gelagat si kanak-kanak merayu dan meminta anggota itu tidak menahannya dan tidak membawa motosikal ke balai polis membuatkan netizen geli hati. Menerusi video itu, dua kanak-kanak berpakaian uniform sekolah dipercayai baru pulang dari sekolah dan ditahan oleh anggota polis trafik.

Keadaan mereka masih kecil sangat berbahaya untuk menunggang motosikal mendorong mereka ditahan malah ia menjadi satu kesalahan menunggang tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar. Kanak-kanak itu panik dan rasa bersalah tidak mahu turun dari motosikal setelah dipinta oleh anggota polis.

Meskipun mereka melakukan kesalahan tetapi sikap anggota yang bertutur secara sopan turut menjadi bualan netizen menyifatkan mereka berhati mulia. Setelah kisah ini tular di media sosial, Balai Polis Lombok Timur telah tampil menghadiahkan kanak-kanak itu sebuah basikal bagi menggantikan motosikal kerana lebih selamat dan mengikut undang-undang.

Tindakan anggota itu juga mendapat pujian dari netizen.  Sulaeman Ibn Rohman berkata, hukuman diberikan oleh anggota itu mendapat pujian kerana menyelesaikan masalah dengan menghadiahkan basikal untuk memudahkan kanak-kanak itu pergi dan pulang ke sekolah. Manakala Iqbal Januar Agha memberitahu, tindakan polis itu dikatakan sindiran kepada para ibu bapa agar menyediakan basikal untuk anak-anak bukan motosikal kerana boleh mengundang bahaya tambahan mereka tidak mempunyai lesen memandu.

Sumber: Astro Awani

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.