Miss V Tidak Berbau dan Badan Segar Bila Minum Herba Ini Sekali Sebulan

Walau secantik mana sekali pun seorang wanita itu bersolek dan mengenakan pakaian berfesyen terkini, tapi bila bahagian intimnya berbau dan ditambah pula keadaan badan yang lesu tidak bermanya tentu sahaja menjejaskan kecantikan sebenar bagi seorang wanita lebih-lebih lagi yang telah bergelar isteri. Menyentuh tentang terhasilnya bau vagina, sebenarnya kesan daripada infeksi atau ketidakseimbangan bakteri, dan anda harus menemui doktor untuk menyelesaikan masalah tersebut jika serius bagi merawat masalah ini.

Oleh itu, sebelum hal ini terjadi pada diri anda, ada baiknya amalkan petua lama ini. Sejak dahulu diamalkan dan terbukti memberi manfaat bukan sahaja bahagian intim terhindar daripada berbau malah tubuh badan juga lebih ringan dan segar. Sememangnya, petua warisan Melayu ini tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas, bersifat malar hijau. Sebagai contohnya bagi Puan Azwani Muzammel ini yang cukup konsisten dalam mengamalkan petua bagi tujuan penjagaan kecantikan dalaman dan luarannya. Malah beliau juga cukup selesa untuk berkongsi amalan petua tersebut untuk manfaat wanita lain juga.

Ini Katanya…“Assalamualaikum semua.Ilmu yang ada jika tak diamal seperti sepohon pokok yang tak berbuah. Begitu juga, setiap amalan mestilah dipelajari sebaiknya. Hari ini saya nak kongsikan amalan yang dapat membantu para wanita. Dan semua ini saya belajar dari Sifu saya.”

Rebusan Halia Serai cengkih dan kunyit

Bahan-bahannya :

2 / 3 batang serai di ketuk
3cm halia (tua/muda)diketuk
2cm kunyit di ketuk
Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
1 helai daun pandan
Sedikit gula batu
*Gula batu boleh di ganti degan madu jika suka.

Cara buat :

1. Halia dan kunyit ditumbuk dalam lesung batu. Atau boleh juga di blend.

2. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan juga air asam jawa yang sudah diramas.

3. Didihkan

4. Tapis dan saringkan

5. Dan boleh diminum suam-suam.

PERINGATAN!!! Rebusan ini TIDAK disyorkan diminum setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri. SEELOKNYA di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid SAHAJA.

sumber : Azwani Muzammel Via MAHN

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.