Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

“Ramai Orang Kata Sayang Ibu Bapa, Tapi Sebenarnya Tak Sayang”

Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

1. Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

2. Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.

3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.

4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah… dan lain-lain.

Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.

Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.

Yang IBUBAPA KITA perlukan, antaranya ialah :

1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.

2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.

3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.

4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.

5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi… hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia.

“… yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim…”

Ingatlah… hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan pada anak kita.

Berikut dinyatakan 7 ciri-ciri anak derhaka:

1. Mengatakan ‘ahh’ kepada ibu bapa dan mengeraskan atau meninggikan suara di hadapan mereka ketika berbicara, dan juga tidak memberikan nafkah kepada ibu bapa apabila dan ketika mereka memerlukan.

2. Tidak melayani mereka dan berpaling daripadanya. Lebih derhaka lagi apabila memerintahkan ibu bapa.

3. Menajamkan pandangan mata kepada keduanya ketika marah atau kesal kepada mereka berdua kerana sesuatu hal.

4. Membuat kedua ibu bapa bersedih dengan melakukan sesuatu hal, meskipun si anak berhak untuk melakukannya. Namun, wajib diingati, hak kedua ibu bapa ke atas diri anak lebih besar daripada hak seorang anak.

5. Malu mengakui kedua ibu bapanya di hadapan orang kerana keadaan kedua ibu bapanya yang miskin, berpenampilan sederhana, tidak berilmu, cacat atau alasan lainnya.

6. Tidak berdiri (menyambut kepulangan) sebagai tanda menghormati ibu bapa dan mencium tangannya.

7. Duduk mendahului ibu bapanya dan berbicara tanpa meminta izin saat memimpin majlis di mana ibu bapanya hadir di majlis itu kerana ini adalah sikap sombong dan takabur dan melecehkan ibu bapa.

Seksaan anak derhaka kepada ibubapa :

1. Haram masuk ke surga Allah.

“Ada tiga jenis orang yang diharamkan Allah masuk syurga, yaitu pemabuk berat, penderhaka terhadap kedua orang tua, dan juga seorang dayus (merelakan kejahatan berlaku di dalam keluargannya, merelakan isteri dan anak perempuannya serong)”. (H.R. Nasa’i dan Ahmad)

2. Dimurkai oleh Allah SWT.

“Keredhaan Allah tergantung keredhaan orang tua, dan murka Allah pun tergantung pada murka kedua orang tua”. (H.R. al-Hakim)

3. Tidak diterima amal ibadah dan Solatnya.

“Allah tidak akan menerima Ibadahnya, solatnya orang yang dibenci kedua orang tuanya yang tidak menganiaya kepadannya”. (H.R. Abu al-Hasan bin Makruf)

4. Tidak dianggap masuk golongan umat Nabi Muhammad SAW

“Bukan termasuk dari golongan kami orang orang yang diperluas rezekinnya oleh Allah lalu ia tidak memberi nafkah kepada keluargannya”. (H.R. ad-Dailamy)

5. Mendapat gelar ‘kafir’. Naudzubillah

“Jangan membenci kedua orang tuamu. Barang siapa Orang yang mengabaikan kedua orang tua, maka dia kafir”. (H.R. Muslim).

6. Allah akan memberikan azab di dunia.

Al-hakim dan al-Ashbahani, dari abu bakrah r.a. dari Nabi Saw, Beliau bersabda, “setiap dosa akan diakhirkan oleh Allah SWT sekehendak-Nya sampai hari kiamat, kecuali dosa besar yang mendurhakai kedua orang tua. Sesungguhnya Allah SWT akan menyegerakan (balasan) kepada pelakunnya didalam hidupnya sebelum mati”.

7. Dosanya tidak akan diampuni Allah SWT.

Dari Aisyah r.a. ia berkata, Rasulullah Saw. Bersabda, “dikatakan kepada orang yang durhaka kepada kedua orang tua, “berbuatlah sekehendakmu, sesungguhnya Aku tidak akan mengampuni. “Dan dikatakan kepada orang yang berbakti kepada orang tua, bahwa berbuatlah sekehendakmu, sesungguhnya Aku mengampunimu.” (H.R. Abu Nu’aim).

8. Membatalkan semua amal ibadahnya.

“Ada tiga hal yang menyebabkan terhapusnya seluruh amal, yaitu syirik kepada Allah, durhaka kepada orang tua dan seorang alim yg dipermainkan oleh orang dungu & jahil”. (H.R. Thabrani).

9. Diharamkan mencium bau surga Allah SWT.

“sesungguhnya Aroma surga itu tercium dari jarak perjalanan seribu tahun, dan demi Allah tidak akan mendapatinya barang siapa yang durhaka kepada orang tuanya”. (H.R.Thabrani)

10. Terputus rezekinya.

“Apabila seseorang tidak meninggalkan doa bagi kedua orang tuanya, maka akan terputus rezekinya”. (H.R. ad-Dailamy).

11. Termasuk kedalam orang mendapat kerugian besar.

Sabda Rasulullah SAW “sungguh kecewa dan hina, sungguh kecewa dan hina, sungguh kecewa dan hina orang yang mendapati orang tuanya atau salah satunya sampai tua, lantas ia tidak dapat masuk surga”. (H.R. Muslim).

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.