Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Agar-Agar Permata Mudah Sedap

Bahan-bahan yang diperlukuan:

Bahan A:

1/2 cawan agar-agar tali

2 1/2 cawan air

Gula secukupnya

Dua helai daun pandan diikat

Pewarna merah, hijau dan kuning

Bahan B:

1 cawan agar-agar tali

5 cawan air

1/2 tin susu pekat

2 helai daun pandan diikat

Gula secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Rebus air bersama 2 1/2 cawan air hingga hancur, masukkan juga daun pandan untuk bau yang harum.

2. Setelah hancur, masukkan gula secukupnya. Tunggu sehingga mendidih dan padamkan api.

3. Bahagikan agar-agar kepada 3 bahagian. Setiap bekas dimasukkan warna yang berlainan iaitu hijau, kuning dan merah. Tunggu sehingga agar-agar

keras.

4. Apabila keras, potong agar-agar berbentuk dadu kecil-kecil. Masukkan agar-agar yang dipotong ke dalam loyang.

5. Masak agar-agar bersama 5 cawan air sehingga hancur. Masukkan juga daun pandan agar lebih wangi.

6. Kemudian, masukkan gula dan susu. Tunggu sehingga mendidih. Tutup api dan tuangkan agar-agar susu ke dalam bahan A iaitu agar-agar yang dipotong dadu.

7. Tunggu sehingga agar-agar keras. Masukkan agar-agar ke dalam peti sejuk.

8. Bila sudah sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.