Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Agar-Agar Sirap Bandung Selasih Mudah Sedap

Bahan-Bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan lapisan sirap selasih:

1/2 pek agar-agar kering (dari bungkusan 25g), rendam sehingga lembut

600 ml air (anggaran 2 1/2 cawan air)

3/4 cawan gula pasir

1 sudu besar biji selasih, rendam sampai kembang

1/2 sudu besar pati sirap ros

1 helai daun pandan

Bahan-bahan lapisan sirap bandung:

1/2 pek agar-agar kering (dari bungkusan 25g), rendam sehingga lembut

400 ml air (anggaran 1 3/4 cawan air)

1/2 tin susu cair

3/4 cawan gula pasir

1/2 sudu besar pati sirap ros

1 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

1. Dalam dua periuk yang berasingan, rebus bahan untuk lapisan sirap selasih (kecuali biji selasih) dan bahan untuk sirap bandung.

2. Rebus sehingga mendidih dan pastikan ketulan agar-agar cair sepenuhnya. Kemudian tapis air rebusan agar-agar.

3. Untuk bahan sirap selasih, biji selasih boleh ditambah apabila sirap sudah ditapis.

4. Tuang sirap selasih ke dalam bekas acuan dan sejukkan. Apabila agar-agar sudah sejuk, cakar atau cucuk-cucukkan permukaan supaya bahagian lapisan atas melekat.

5. Tuang bahan sirap bandung dan sejukkan lagi sekali.

6. Apabila aga-agar sudah sejuk sepenuhnya, boleh lah dihidangkan.

Tips Penting:

Agar-agar harus direndam terlebih dahulu supaya mempercepatkan proses memasak agar-agar. Apabila sudah lembut, barulah dimasak dan ketulan agar-agar akan cair dengan sempurna.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.