Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Ais Krim Pudina Coklat Chip

Bahan-Bahan yang diperlukan:

1/2 cawan susu segar

1 1/2 cawan dairy whipping cream

2/3 cawan susu pekat manis

2 1/2 sudu besar serbuk koko diayak supaya tidak bergentel

1 sudu kecil esen vanila

1/4 cawan badam cincang disagat

8 keping biskut Oreo dipotong kecil tanpa buang krim

3/4 sudu kecil esen mint (pudina)

pewarna hijau secukupnya

1/8 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

1. Campurkan susu segar, whipping cream, susu pekat manis, esen vanila, dan garam. Pukul hingga pekat dan bertanduk (Bila diterbalikkan, bahan tidak jatuh).

2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Sebahagian dicampur serbuk koko dan sebahagian lagi dicampur esen mint dan pewarna hijau. Sebatikan.

3. Bila sudah sebati, bahagian coklat dicampur dengan badam cincang, gaul rata. Bahagian mint dicampur dengan biskut Oreo, gaul rata.

4. Tuang kedua-dua adunan mengikut kreativiti anda, boleh tuang selapis-selapis atau selepuk ke dalam acuan atau bekas kemudian ditutup.

5. Masukkan ke dalam freezer sekurang-kurangnya 6 jam atau sehingga ice cream mengeras (ikut suhu freezer masing-masing) sebelum dihidangkan.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.