Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Asam Pedas Ikan Bawal Emas Melaka

Bahan-bahan:

3 keping ikan bawal emas

Bahan kisar:-

3 biji bawang merah

10biji cili kering

1/2 in halia

1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh jintan putih

1/4 sudu teh lada hitam

1/2 in kunyit hidup

2 ulas bawang putih

Belacan

Bahan tumis:-

1/2 bawang besar-hiris

1/4 sudu teh biji sawi

1/4 sudu teh halba

2 tangkai daun kari

1 serai-diketuk

1/2 bunga kantan atau daun kesum

Air asam jawa

1 biji tomato- belah 2

5 biji kacang bendi

Garam dan gula jika suka

Serbuk perasa Secukup Rasa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sebelum dimasukkan bahan kisar. Tumis lama lama sehingga pecah minyak.

2. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan betul betul mendidih, baru dimasukkan ikan dan bahan bahan lain. Masukkan garam dan gula.

3. Perlahankan api dan biarkan masak dan pecah minyak. Bolehlah angkat dan dihidangkan panas panas.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.