Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Fruit Tartlets Paling Menawan

Bahan-Bahan yang diperlukan:

Bahan Pastry:

1 sudu teh esen vanilla

2 biji telur – suhu bilik

250gm butter – suhu bilik

500gm tepung gandum – diayak banyak kali

100gm gula icing – kurangkan kepada 50gm

Bahan Custard:

2 sudu makan custard

1/2 kotak susu segar @ 500ml susu segar

1 biji telur

200gm gula halus

Cara Penyediaan Pastry:

1. Ayak tepung bersama gula icing beberapa kali. Kemudian masukkan butter dan ramas sehingga ia menjadi serbuk roti.

2. Masukkan esen vanilla dan gaul hingga rata. Pecahkan telur di dalam bekas yang lain dan pukul mengunakan whisk tangan sehingga ia kembang.

3. Masukkan telur ke dalam bekas tepung dan gaul sehingga ia menjadi doh yang lembut. Panaskan oven pada suhu 180C bergantung pada oven anda masing-masing api atas bawah.

4. Ambil sedikit doh dan bentukkan di dalam acuan tartlet sebelum ia dibakar selama 10-15 minit atau sehingga keperangan, bergantung pada oven masing-masing. Tart shell boleh dibuat terlebih dahulu dan disimpan di dalam bekas kedap udara.

Cara Penyediaan Custard:

1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang menggunakan whisk tangan sahaja. Tidak perlu sehingga gebu cukup sekadar kembang sahaja. Masukkan custard dan kacau hingga rata.

2. Kemudian masukkan susu segar dan kacau lagi sehingga rata. Masukkan bahan-bahan yang telah disatukan ini ke dalam periuk dan masak diatas api yang sederhana.

3. Kacau perlahan-lahan sehingga ia berkilat dan kelihatan pekat. Angkat dan terus sudukan ke dalam kulit tart dengan segera kerana custard cepat mengeras.

4. Susun buah-buahan hiasan diatasnya. Jika ingin kelihatan berkilat, sapukan kunyaku jelly yang dicairkan diatas buah-buahan hiasan kegemaran anda.

Tips Penting:

Semua jenis buah-buahan dengan warna yang disukai seperti strawberry, anggur, kiwi, nenas dan lain-lain. Susun buah diatas custard sebagai hiasan. Boleh juga diletakkan tart diatas kertas cupcake.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.