Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Karipap Pusing Super Rangup Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan Inti (Sardin):

1 biji bawang besar dipotong dadu

2 biji kentang dipotong dadu

1 sudu cili kering kisar

Sedikit sos cili thai atau sos cili biasa

1 tin kecil Sardin

Gula dan garam secukup rasa

Sedikit air dan minyak

Cara Penyediaan Inti:

1) Panaskan minyak, tumis bawang besar dan kacau seketika.

2) Kemudian masukkan kentang yang dipotong dadu, kacau seketika.

3) Masukkan pula cili kering yang dah dikisar bersama sos cili dan kacau lagi.

4) Seterusnya, masukkan sedikit sahaja air, kacau dan biarkan merenih seketika. Tujuannya adalah untuk melembutkan sedikit kentang tadi.

5) Masukkan sardin yang telah dilenyekkan ikannya, bersama gula dan garam secukup rasa.

6) Kacau dan biarkan seketika sebelum dimatikan api. Pastikan air jangan terlalu banyak sebab nanti berair pula inti karipap ni.

Bahan-Bahan Doh:

Doh A:

1 cawan tepung gandum

1 sudu besar tepung jagung

2 sudu besar shortening

2 sudu besar margerin

Cara Penyediaan Doh A:

Satukan semua bahan untuk doh A dalam satu bekas. Adun sebati. Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama banyak. Boleh gunakan penimbang jika nakkan sukatan yang sama dan bulatkan doh A tersebut.

Doh B:

2 cawan tepung gandum

1/4 cawan minyak jagung (minyak biasa pun boleh)

Garam secukup rasa (1 sudu kecil je)

1/2 – 1 cawan air

Cara Penyediaan Doh B:

1. Masukkan tepung ke dalam bekas yang tahan panas. Buatkan lubang di tengah-tengah.

2. Panaskan minyak tadi, setelah panas tuang ke dalam bekas berisi tepung tadi di bahagian tengah yang di lubangkan. AWAS SEWAKTU MENGANGKAT DAN MENUANG MINYAK SEBAB IA PANAS.

3. GaulĀ adunan dengan menggunakan senduk hingga sebati dan rata. Kemudian gunakan tangan dan gaul lagi hingga menjadi seperti serbuk roti.

4. Sementara itu, sebatikan garam dalam air, tuangkan air sedikit dahulu ke dalam campuran tepung dan minyak tadi. Uli kesemuanya hingga tidak melekat di tangan. Kemudian bahagikan adunan kepada 4 bahagian yang sama banyak.

Cara Membentuk Karipap Pusing:

1. Ambil 1 bahagian Doh B, canai dan leperkan. Kemudian, ambil 1 bahagian doh A dan letakkan di bahagian tengahnya. Bungkus dan kemaskan biar jadi bulat. Ulangi langkah ini sehingga habis 4 bahagian doh tadi.

2. Ambil 1 bahagian doh yang berbentuk silinder tadi, potong kepada 6 bahagian. Ambil sekeping doh yang sudah dipotong tadi, canaikan tetapi jangan terlampau nipis jangan terlalu tebal. Kalau nipis susah nak kendalikan doh waktu nak masukkan inti dan kelim dan jika tebal sangat takut tak masak kat tengah pula nanti. Masukkan inti dan tutup kemudian kelim tepinya dengan kemas. Ulangi proses ini sehingga habis doh anda.

3. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan api jangan terlampau besar. Jika api besar dikuatiri karipap cepat sangat hangit kulitnya tetapi bahagian dalam belum masak. Jika api terlalu kecil dan minyak belum panas, karipap akan ‘makan minyak’ pula nanti. Bila dah keperangan warnanya, angkat dan toskan minyaknya.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.