Resepi Kerabu Taugeh dan Kerang ala Utara

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • 600 gram taugeh
  • 6-7 tangkai daun selom, hiris nipis
  • 1 mangkuk isi kerang rebus
  • 1 biji bawang besar, belah 6 dan hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi, hiris nipis
  • 1 sudu kecil perahan air limau nipis
Bahan untuk kisar halus:
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 1 genggam atau 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 biji cili padi
  • 1 barang serai, ambil bahagian yang lembut sahaja
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar air bancuhan pekat air asam jawa
 Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk memasak:
  1. Celur taugeh dalam air panas selama 1-2 minit. Angkat dan toskan.
  2. Kisar bahan untuk dikisar sehingga halus.
  3. Gaul bahan kisar halus bersama taugeh, daun selom, isi kerang rebus dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang 🙂

Tips Penting:

  • Kalau tak ada daun selom, boleh juga masukan daun ulaman lain seperti daun pegaga, pucuk paku atau daun putat. Ikut mana yang anda suka lah.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.