Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Keropok Lekor Inti Cheese Viral

Bahan-Bahan yang diperlukan:

500g isi ikan(dikisar/dihancurkan)

230g tepung sagu/ubi kentang/ubi kayu

20g tepung jagung

2 sudu besar garam & 1 sudu besar gula (atau secukup rasa)

Air (dimasukkan sekadar membolehkan doh keropok dibentuk)

Cheese

Cara Penyediaan:

1. Campurkan tepung sagu dan tepung jagung dalam satu bekas dan gaul rata (bukan bekas isi ikan).

2. Masukkan gula ke dalam isi ikan dan gaul sebati, kemudian masukkan garam dan gaul sehingga rata.

3. Tuang sedikit air, kemudian masukkan tepung yang sudah digaul tadi sedikit demi sedikit dan gaul rata.

4. Campurkan air secukupnya dalam bancuhan sehingga semua bahan sebati dan menjadi doh. Hati-hati masukkan air jangan terlalu sedikit, keras nanti keropok tu. Atau terlalu banyak susah nak bentukkan keropok nanti)

5. Siap doh, rehatkan dalam 5 minit dan terus bentuk ikut bentuk yang dimahukan. Jangan lupa masukkan cheese.

6. Selesai bentuk keropok lekor, rebus dalam air panas mendidih selama 5-10 minit atau sehingga keropok lekor timbul dipermukaan air dan kembang.

7. Siap angkat keropok rebus tadi dan boleh dihidangkan. Boleh juga digoreng, ikut selera anda.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.