Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Kuih Almond London Mudah Sedap

Sukatan bahan untuk 140 biji

Bahan-bahan yang diperlukan:

250 gm mentega

9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum

1 oz / 1/2 cawan nestum dikisar halus

3 oz / 1 cawan tepung jagung

4 oz / 1 cawan gula aising

1 biji kuning telur

Badam biji di panggang secukupnya

Badam cincang untuk hiasan

Coklat masakan secukupnya

Mangkuk kertas/ paper cup secukupnya

Sedikit minyak jagung

Cara Penyediaan:

1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Kemudian, masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.

2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.

3. Ambil sedikit doh, isikan badam dan bentukkan bujur atau bulat mengikut citarasa sendiri.

4. Bakar doh pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak dan sejukkan.

5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan untuk mengilatkan coklat itu. Kaedah double boiler juga boleh digunakan.

6. Apabila coklat sudah cair sepenuhnya, celupkan biskut sebiji demi sebiji.

7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang di atasnya.

8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.