Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Kuih Sfera Mudah Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan Inti:

1/2 biji kelapa (diparut)

4-5 tangkai cili kering

3 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah

Secekak udang kering (dicuci dan direndam seketika)

1 batang serai

Garam dan gula secukupnya

Sedikit kunyit hidup

Bahan kulit:

2 cawan tepung gandum

1 sudu majerin

1 biji telur

Sedikit garam dan ais

Sedikit air

Cara Penyediaan Inti:

1. Blend semua bahan inti kecuali kelapa parut.

2. Masukkan dalam periuk,masukkan kelapa parut,gaul dan masak hingga kering.

3. Angkat dan biarkan sejuk.

Cara Penyediaan kulit:

1. Gaulkan tepung dengan telur menjadi serbuk roti.

2. Panaskan majerin bersama garam dan tuang dalam tepung. Gaul lagi.

3. Masukkan ais dalam sedikit air.

4. Uli tepung dengan memasukkan air ais sedikit demi sedikit hingga menjadi doh kental. Hentikan air ais jika sudah menjadi doh.

5. Bahagikan doh kepada dua. Setiap satu dicanai nipis dan digulung. Kemudian, dipotong anggaran cukup untuk sebiji sfera.

6. Ambil satu potongan dan canai lagi nipis2.

7. Letak atas acuan karipan,bubuh inti dan tutup dengan kuat.

8. Keluarkan dari acuan. Lakukan hingga habis adunan. Gorengkan dengan api yang sederhana hingga kekuningan lalu diangkat.

9. Bila sudah siap dan boleh dimakan apabila sudah sejuk.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.