Resepi Mee Jawa Paling Mengiurkan

Bahan-Bahan yang diperlukan:

1 kg mee kuning (dicelur)

1/2 kg daging direbus lembut dan dihiris nipis

300 gm taugeh dibuangkan akarnya dan dicelur

2 tangkai daun bawang dihiris

5 biji cili merah dihiris

3 keping tauhu goreng dihiris nipis

3 biji telur rebus dibelah

3 biji limau nipis dibelah

Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:

1/2 kg ubi keledek direbus dan dikisar

Bahan Kisar halus:

3 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

3 batang serai

Sedikit halia

Sedikit lengkuas

100 gm udang kering

Sedikit cili padi, jika suka pedas

2 sudu besar cili kisar

3 sudu besar serbuk kari daging

Air rebusan daging

1 cawan air

Sedikit garam

Sedikit minyak masak

Sedikit gula

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari dan cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau

2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.

3. Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Biarkan sehingga kuah mendidih.

4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.