Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Murtabak Maggi Paling Meletup

Bahan-bahan yang disediakan:

2 1/2 bungkus maggi kari

2 batang sosej (boleh tambah)

4 batang jejari ketam (boleh tambah)

1 labu bawang besar

Sedikit daun sup/kucai

4 biji telur

Sedikit minyak

Cara penyediaan:

1) Celur sebentar maggi dalam air yang mendidih. Jangan sampai kembang. Kemudian, toskan maggi dan letak tepi.

2) Potong dadu bawang besar dan potong sosej dan jejari ketam kecil-kecil. Potong juga daun bawang/kucai.

2) Pukul telur sehingga kembang dalam mangkuk yang sederhana besar. Masukkan perencah kari maggi dan juga bahan-bahan yang dipotong tadi. Kacau sebentar.

4) Masukkan maggi yang telah dicelur tadi ke dalam campuran telur dan gaul rata.

5) Panaskan sedikit minyak masak dalam non-stick pan. Tuang campuran maggi tadi ke dalam pan. Tekan-tekan sedikit supaya maggi itu padat.

6) Bila maggi sudah garing, terbalikkan maggi tersebut.

7) Bila kedua-dua belah sudah agak garing dan tidak bercerai maggi itu, boleh angkat dan hidang.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.