Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Murukku Super Rangup Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 bungkus/ 500g tepung kacang kuda

1 bungkus tepung pulut

Bahan-bahan yang diblend:

1 sudu besar marjerin

1 biji telur

30gm Jemuju/lemuju disangai dulu dan dikisar halus

2 sudu besar serbuk cili BABAS

5 sudu besar gula halus

1/2 sudu besar garam halus

Air secukupnya

Sedikit daun kari

1 sudu kecil jintan manis

Daun kari secukupnya untuk hiasan

Dibawah ini ialah acuan yang diperlukan untuk membuat murukku, boleh cari di kedai:

Cara Penyediaan:

1. Campurkan bahan-bahan yang diblend bersama tepung pulut dan tepung kacang kuda.

2. Gaulkan sehingga sebati. Gaulkan lagi sehingga menjadi doh yang lembut. Air boleh ditambah jika adunan masiu belum lembut.

3. Panaskan minyak dan masukkan doh ke dalam acuan murukku dan terus tekan ke dalam kuali yang telah panas. Bentuk murukku ada pelbagai jenis, jadi terserah kepada anda pilih yang mana satu.

4. Gorengkan dengan penuh hingga kekuningan. Bila murukku hampir garing, taburkan daun kari dan goreng hingga murukku betul-betul masak dan garing.

5. Angkat dan toskan bekas yang telah dialas menggunakan kitchen towel.

6. Biarkan sejuk sebentar dan simpan

ke dalam bekas kedap udara.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.