Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Nasi Hujan Panas Paling Sedap di Dunia!

Bahan-Bahan:

4 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam selama 1/2jam kemudian toskan)

4 cawan air

1 cawan susu cair

2 helai daun pandan (simpul)

1 kiub ayam maggie

4 ulas bawang merah (tumbuk)

2 ulas bawang putih (tumbuk)

1 cm halia (tumbuk)

Rempah 4 sekawan (Bunga lawang, cengkih, pelaga, kulit kayu manis)

Minyak/Mentega/minyak sapi

Pewarna merah, hijau dan kuning

Hirisan ketumbar, gajus dan kismis

Cara-Cara:

1. Panaskan minyak/butter/minyak sapi, tumis rempah 4 sekawan dan juga bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daun pandan simpul tumis sekejap supaya harum.

2. Masukkan air dan kiub ayam. Biarkan hingga mendidih

3. Masukkan beras dan susu cair, gaul sebati. Biarkan hingga nasi kering (Kacau sekali sekala untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah)

4. Setelah nasi kering, kecilkan api dan buat lubang kecil2 pada nasi menggunakan sudu dan titiskan warna merah, kuning dan hijau. Letak berasingan (jauhkan sikit setiap lubang)

5. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya (macam masak nasi biasa)

6. Bila nasi masak, gemburkan nasi dan taburkan daun ketumbar, gajus dan kismis. Hidangkan.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.