Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Oreo Manggo Float

Bahan-Bahan:

125g cream chesse
1/2 cawan yogurt
1/4 cawan susu pekat
1/2peket oreo (Pecah-pecahkan oreo jangan buang filling oreo)
1 kotak jus mangga marigold
1 biji buah mangga
1 cawan whipping cream non dairy
Pes mangga atau filling mangga

Cara penyediaan:

Penyediaan Cream Float:

1. Dalam mixer, campurkan 125g cream cheese + 1/4 cawan susu pekat. Bila dah sebati masuk yogurt 1/2 cawan dan 3sb jus mangga mix smpai sebati lagi. Matikan mixer dan asing kan dalam bekas.

2. Dalam bekas lain, campurkan 1 cawan whipping sejuk dan mix sampai kental. Kemudian, Satukan adunan cheese dan whipping tadi. Kaup balik saja bagi rata. Masukkn 2 sudu besar filling mangga dan kacau lagi hingga rata.

Penyediaan Layer Manggo Float:

1. Sediakan bekas dan masukkan oreo yang dihancukan tadi. Untuk layer ke dua Letak pula cream float.

2. Letak filling mangga dan mangga dadu sedikit. Layerkan lagi dengan cream float baru tabur oreo lagi dan ulang smpai abis.

3. Hiaskan dengan letak mangga dadu ceri. Sejukkn selama 2 jam di tempat beku dan barulah boleh dihidangkan.

Sumber: resepi bonda

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.