Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Popia Cheese Paling Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan:

2 ketul filet/isi ayam direbus dan carik-carikan isinya

1 batang lobak merah disagat

2 biji bawang kuning dimayang

3 ulas bawang putih dicincang halus

1/2 sudu makan oregano

sedikit serbuk lada hitam

garam dan gula secukup rasa

1/2 ketul keju chedar disagat

1 cawan keju mozarella disagat

beberapa keping kulit popia

1 sudu tepung gandum campur sedikit air untuk dijadikan gam

Cara Penyediaan:

1. Tumiskan bawang, masukkan carrot dan isi ayam, gaul rata.

2. Setelah carrot agak layu, masukkan oregano,lada hitam, garam dan gula, gaul rata. Angkat inti dan biarkan sejuk sedikit.

3. Setelah inti sejuk, masukkan kedua-dua keju yang disagat tadi dan gaul rata.

4. Ambil sekeping kulit popia, isikan inti dan gulungkan. Buat hingga habis, barulah digoreng.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.