Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Popia Mini Rangup Super Sedap

Bahan-Bahan yang diperlukan:

300 gram udang kering

Bawang merah (ikut suka) ditumbuk

Serbuk cili kering (ikut suka)

Air asam jawa (ikut suka)

Sedikit minyak untuk menumis

Garam, gula (lebihkan) & serbuk perasa (secukup rasa)

Kulit popia

Cara Penyediaan:

1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus.

2. Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul sebati.

3. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul sehingga udang agak kering.

4. Bila sudah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian, kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul.

5. Cara membungkus popia; Kulit popia dipotong segi 4 dan bungkus macam popia biasa. Atas potong segi empat panjang, isi udang ditengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.