Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Puding Gula Hangus Paling Sedap

Bahan yang diperlukan:

Bahan untuk puding:

5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)

1 tin susu cair (400ml)

150 ml air biasa

4 sudu besar gula

1 sudu kecil esen vanilla

Bahan untuk karamel:

5 sudu besargula

2 sudu besar air

Cara penyediaan karamel atau gula hangus:

1. Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.

Cara penyediaan puding:

1. Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.

2. Kemudian, tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.

3. Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.

Info Penting:

1. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara [email protected] marie. Caranya, letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50 minit pada suhu 180 darjah Celsius.

2. Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi. Mengikut selera anda.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.