Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Puding Milo Cheese Paling Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan Adunan Cheese:

1 sudu besar agar-agar serbuk

1/2 cawan gula

5 keping keju

300ml air

1 tin susu cair

Cara Penyediaan adunan cheese:

1. Masak agar-agar bersama 300ml air. Di dalam bekas lain, cairkan keju bersama susu cair menggunakan api yang kecil.

2. Apabila agar-agar sudah larut, masukkan gula. Masukkan juga adunan keju tadi.

3. Kacau sebentar. Padamkan api. Tuang ke atas adunan milo.

Bahan Adunan Milo:

2 sudu besar agar-agar serbuk

1 1/2 cawan milo (guna oreo pun boleh)

1/2 cawan gula

1/2 cawan susu pekat

400ml santan pekat

1 liter air

Cara Penyediaan adunan milo:

1. Masak agar-agar bersama 1 liter air. Apabila agar-agar sudah larut, masukkan santan, milo, gula dan susu pekat. Masak dengan menggunakan api perlahan.

2. Setelah adunan mendidih, tutup api dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

3. Satu bahagian dituang ke dalam loyang, apabila permukaan atas menjadi sedikit mengeras, perlahan-lahan tuangkan adunan keju.

4. Ulang cara yang sama pada baki adunan milo tadi. Pastikan adunan milo panas supaya dapat melekat dengan adunan cheese.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.