Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Puding Roti Coklat Mudah Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A:

10 keping roti dibuang bahagian kulitnya

1 tin susu cair

1/2 coklat masakan yang dihiris halus

Sedikit cip coklat

Jem coklat untuk disapu pada roti

Bahan B:

3 biji telur gred A

1/2 cawan gula

1 sudu makan esen vanila

1 sudu makan tepung jagung

1 sudu makan coklat emulco (optional)

3 sudu makan marjerin yang dicairkan

3 sudu makan serbuk koko yang dicampur bersama 3 sudu makan air suam

Cara Penyediaan:

1. Sapu jem coklat pada roti yang telah dibuang kulitnya. Kemudian, susun roti pada loyang diikuti coklat masakan yang telah dihiris halus. Ulangi langkah ni sampai roti dan coklat masakan habis.

2. Taburkan cip coklat seberapa banyak yang anda suka diikuti dengan menuang satu tin susu cair pada roti tadi. Biarkan adunan roti tadi terendam seketika.

3. Pukul telur sampai kembang bersama gula. Campurkan marjerin yang dicairkan bersama dengan serbuk koko yang telah dicampurkan air.

4. Pukul sehingga bahan sebati. Masukkan coklat emulco dan esen vanila. Akhir sekali, masukkan tepung jagung. Pukul sehingga kesemua bahan sebati.

5. Seterusnya, tuang adunan bahan B ke dalam acuan yang mengandungi bahan A tadi.

6. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi. Bakar selama lebih kurang 40 minit. Selalu pantau puding roti agar tidak hangus. Bila sudah sejuk, masukkan dalam peti ais.

Tips Penting:

Puding roti ini boleh lagi ditambah susu pekat ketika dihidang, boleh tambah apa-apa bahan mengikut selera anda seperti strawberry, laici dan sebagainya. Ia lebih sedap jika dihidangkan sejuk-sejuk.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.