Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Wahai Suami, Jangan Menyesal Kalau Isteri Mengidapi Kemurungan Postpartum. Salah Siapa?

Sepanjang tahun 2018 lepas, kita dikejutkan dengan pelbagai berita yang berkaitan dengan kemurungan atau depresi. Gejala ini sering berlaku pada golongan muda dan juga kaum wanita. Tekanan yang berpanjangan merupakan salah satu punca berlakunya kemurungan.

Kalau kita lihat, jiwa atau perasaan ibu mengandung ini sangat sensitif begitu juga selepas bersalin. Pernah atau tidak, anda mendengar pesanan dari nenek atau mak, pentingnya menjaga emosi orang yang sedang berpantang kerana ia boleh menyebabkan “kemurungan postpartum” atau bahasa yang lebih mudah meroyan.

Keadaan ini sering berlaku pada wanita yang sedang berpantang, separuhnya berlaku dalam tempoh yang sekejap dan ada juga berpanjangan. Antara tanda-tanda yang dapat kita lihat pada pesakit ini seperti:

  • sentiasa bersedih
  • tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada bayi
  • tidak boleh tidur
  • tiada selera makan atau hilang berat badan secara mendadak
  • mudah marah
  • lebih suka bersendirian dan termenung

Kemurungan postpartum disebabkan oleh faktor fizikal dan emosi seseorang wanita. Selepas bersalin jumlah hormon estrogen dan progesteron akan kembali kepada asal dan keadaan ini mungkin salah satu faktor yang menyebabkan mood mereka tidak stabil. Tidak tidur sepanjang malam kerana menjaga bayi juga menyebabkan pesakit menjadi lemah dan mudah marah.

Selain itu, tekanan emosi seperti berlakunya penceraian, kurangnya sokongan atau perhatian, anak menghidapi penyakit berbahaya atau kehilangan orang yang disayangi seperti kematian ibu atau bapa boleh menyebabkan meroyan.

Sekiranya ada di antara ahli keluarga kita yang menghidapi penyakit ini perlu mendapatkan rawatan yang segera supaya ia tidak melarat ke tahap yang membahayakan. Perhatian dan juga sokongan dari ahli keluarga merupakan antara usaha yang boleh dilakukan supaya mereka berasa lebih tenang dan tidak terlalu banyak berfikir.

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.